Wednesday, September 15, 2010

SaTu PeRJaLaNaN

di perjalanan ini duri dan ranjau sedia menanti
adakalanya aku berlari
adakalanya aku merangkak
adakalanya aku berjaya melepasi
adakalanya aku rebah sendiri

hidup seperti roda
tak selamanya kita di atas
tak kira masa boleh jatuh menjunam ke bawah
tanpa disedari
yang lemah akan tewas
yang kuat akan terus berjuang
tiada belas simpati

cinta umpama api
kadangkala mampu menghangatkan
kadangkala juga boleh membakar diri
cinta indah dengan kejujuran dan kasih sayang
tanpa dusta juga kecurangan

andai dikurniakan insan yang jujur mencintaimu
pelihara dan hargailah dengan sebaiknya
sesuatu yang terbaik hanya akan datang sekali
jika kamu mengabai dan mempersia peluang itu
mustahil ia akan kembali lagi
terima kekurangan dan kelebihan dia seadanya
janganlah memandang pada kesempurnaan
kelak ia akan membinasakanmu

jodoh pertemuan dan kententuan hidup kuasa Allah S.W.T.
hanya Dia yang maha mengetahui
segala yang terbaik untuk hamba-Nya
kerana Dia maha adil lagi maha penyayang.

No comments: