Thursday, October 21, 2010

BaCK To KuaNTaN

hari yg mendebarkan namun tugasanku selesai jam 10 pagi.terus pergi ke terminal temerloh untuk membeli tiket.jam 11.15 pagi bas memulakan perjalanan.perjalanan agak membosankan dan aku hanya tidur dalam bas.kelihatan dalam bas yg penuh sekumpulan geng-geng indon yg memenuhi kerusi disekelingku dgn gelagat yg menjengkelkan.rimas tul aku melihatnya.aku selamat sampai di kuantan tepat pukul 2 petang.terus pulang ke rumah untuk berehat.kepalaku sangat pening dan badan sangat letih.selepas mandi dan sembahyang aku berbaring dan terus terlelap.nikmat rasanya dapat tidur dan berehat selepas melalui 2 hari yg meletihkan. 

Wednesday, October 20, 2010

SKeTSa BaNDaR iKaN PaTiN

hari yg tak berapa indah..cuaca panas membakar mukaku tika sampai di bandar ikan patin nie.tepat pukul 12 tengah hari aku sampai mana tak kena sunburn.abis baju aku bermandikan peluh yg masam masam manis nie.orang-orang di sekeliling memandangku mcm aku alien baru turun dari langit.agaknya diorang dh biasa dgn cuaca mcm kt gurun sahara nie.maklumla tempat aku hujan dan kdg-kdg salji tetiba turun.time panas pun biasa-biasa jer.pas berehat sebentar bersama kit kat aku pn memulakan perjalanan mencari bangunan yg dinamakan bangunan gunasama.nama punya sedap didengar kali pertama tapi pas 8 kali aku tgk dan baca mcm tak guna jer.puas aku pusing keliling bandar temerloh nie,sampai naik pening kepala aku mencarinya.nak bertanya kat orang seganla plak pasal aku mmg penyegan orangnya.tapi bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan'.pas setengah jam aku pusing keliling bandar nie,tak juga nampak bangunan gunasama atau jalan merdeka seperti yg tertulis pd alamat surat aku dpt tu.bangunan kfc aku jumpa la.lalu aku mengambil keputusan drastik dan berani untuk menebalkan muka bertanya sorang pakcik yg mukanya begitu brutal sekali.aku memberi salam kpd pakcik itu tanda hormat dan aku bertanya dimana letaknya bangunan gunasama tu.dengan penuh bersemangatnya pakcik itu menerangkan lokasi tempat yg aku nk tuju sambil aku memberi perhatian kpd penerangan berinformasi drpd pakcik brutal tu.pas tu aku mengucapkan terima kasih pd pakcik tu atas pertolongannya.

selepas itu aku memulakan balik pencarian bangunan gunasama tu mengikut pelan strategik yg diberikan oleh pakcik brutal tadi.akhirnya tak sampai 5 minit aku pusing jumpa juga bangunan gunasama tu.tapi nama pada papan tanda bangunan tu bangunan persekutuan temerloh.memang tak guna dan mengkompiuskan aku.selepas aku buat research pada alamat yg tertera pada surat memang sah inilah tempatnya.dengan senang hati dan lega aku meneruskan perjalanan untuk berehat mengisi perut yang kosong dan membasahkan tekak yg kering kesan daripada pemanasan global yg melampau di bandar temerloh ini..

Friday, October 1, 2010

HoNeST MisTaKe


                                                    CooL AnD NiCe SoNG